Seminggu sebelum konvo..
Seminggu sebelum konvo, kami kena ambil jubah dan konvo seminggu selepas itu.. Konvo diploma sedih sebab konvo seorang diri.. Tak apa la janji saya dah konvo! Tapi nasib baik Ita dengan farhana je yang tahu.. Sebab tumpang sehari dekat kolej dorang.. Malunya 🙈
Sehari sebelum konvo..
Sehari sebelum konvo dah sampai kampus.. Naik teksi dari ktm tg malim ke kampus baru rm15! Mahal gila tapi redha je la.. Malam tu sempat berborak chatting dengan Ita, Farhana, Iefa Fasiha, Azwa dgn Raja and geng2 ita kejap..
Memandangkan konvo selepas sembahyang jumaat, jadi kami lepak je dulu.. Tapi dorang dah keluar awal sebab nak pergi photoshoot dekat tasik.. *menyesal gila tak ikut sekali 😂*
Pukul 11 lebih dah terpacak dekat dewan.. Nasib baik ada intan, mama n abah intan.. Hehe.. Jalan2 tengok bunga konvo.. Tunggu kak echa, kak nini, atin, nailah datang.. Masa ni dah start sedih sebab seorang diri tapi tabahkan hati..
Pukul 2.30 semua masuk dewan.. Naik pentas tak silap pukul 4 lebih haha itu pun tak sampai 15 saat atas stage..
Enjoy la gambar yang tak seberapa.. Setelah 3 tahun belajar habiskan diploma.. Baru tahu perasaan baling mortar board tu seronok sangat! Tak sia-sia belajar 3 tahun! InsyaAllah lepas ini konvo Degree pula ye! Mohon kalian doakan.. Moga Allah permudahkan jalan ini. Allahuma Amin.. 😊
Dewan konvo kami semua!
Masa konvo, guna sistem scan ni, dah scan, nama akan automatik di panggil.
Enjoy la gambar yang tak seberapa.. Setelah 3 tahun belajar habiskan diploma.. Baru tahu perasaan baling mortar board tu seronok sangat! Tak sia-sia belajar 3 tahun! InsyaAllah lepas ini konvo Degree pula ye! Mohon kalian doakan.. Moga Allah permudahkan jalan ini. Allahuma Amin.. 😊
Clennete, kak echa, intan, yaya n atin! :)
Hasil daripada konvo
Hasil daripada konvo
Dalam scroll ada benda ni. Haha. Dah lepas hantar jubah, mortar board baru dapat sijil yang betul hihi.
Alhamdulillah selesai sudah konvo diploma, lepasni nak konvo degree pula. Apa pun Syukur ke hadrat ilahi dan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami semua di atas kejayaan ini..
asslm. kalau time diploma ni x ambik muet still blh konvo ke? atau kena ambik muet baru blh konvo diploma?
ReplyDeletetak ada muet pun masih boleh konvo lg.. tapi lebih baik amek muet siap2, lepas habis diploma boleh terus sambung degree, kalau tak nanti lambat dari yang lain..
Delete