Sunday, July 21, 2013

Resepi Puding Oreo Coklat 3 layers.. InsyaAllah sedap..

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak share resepi pencuci mulut semasa Ramadhan.. Nama dia Puding Oreo Coklat 3 layers.. Saya buat bersama housemate iaitu kak nadha..


 InsyaAllah sedap :)


 
Selamat mencuba semua..


 










Bahan-bahan :-

1 bungkus agar-agar / serbuk jelly instant 
750 ml air
150 gram gula (ikut tahap kemanisan masing-masing)
1 tin susu cair 
1 cawan Serbuk milo (ikut kepekatan citarasa masing2)
1 bungkus Oreo / Cream O



Bajet pembelian bahan-bahan tak sampai rm20..



Cara Menyediakan Puding Oreo+Coklat :-


1. Langkah Pertama :- 


Panaskan serbuk agar-agar tadi bersama air sehingga agar-agar larut.
kemudian, masukkan gula secukupnya. (150gm)
Kacau bahan-bahan dan biarkan gula larut. 
Kemudian masukkan 1 tin susu cair  dan biarkan sehingga mendidih.
Selepas itu kacau sehingga adunan tadi sebati.





2. Langkah Kedua :-

Asingkan separuh daripada adunan agar-agar tadi ke dalam periuk yang lain. Kemudian campurkan 1 cawan serbuk milo dan kacau sehingga sebati.





3. Langkah Ketiga :-


Tuangkan separuh daripada campuran milo ke dalam bekas/Loyang.
Kecilkan api dan kacau supaya agar-agar tidak terus membeku dan berketul-ketul.




4. Langkah KeEmpat :-

Apabila permukaan agar-agar milo dalam bekas/loyang sudah mengeras (bukan mengeras 100%) , tuangkan kesemua adunan yang asli (warna putih) ke dalam bekas/Loyang yang sama. (Lapisan kedua selepas milo tadi)





5. Langkah KeLima :-

Taburkan oreo mengikut kreativiti masing-masing. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo sudah mengeras, akhir sekali masukkan lebihan adunan milo.
*Jadi total lapisan ada 3. Kalau nak buat banyak lapisan pun boleh. Saya buat 3 layer je..






Selamat Mencuba Semua! Good Luck! Jangan lupa baca Bismillah dan selawat.. :)





Tips : Kalau nak bagi masakan kita sedap. Sentiasalah selawat ke atas Nabi. InsyaAllah makanan yang kita buat sedap :)







No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 | anayil19.blogspot | All Righted Reserved