Wednesday, July 22, 2015

Bulan TomYam Steamboat Ijok

Assalamualaikum.. Selamat berpuasa buat semua umat Islam di dunia.. Alhamdulillah.. Hari ini hari ke-14 Ramadhan..


Kali ini nak review tentang Restoran Bulan TomYam Steamboat Ijok.. Kami 7 orang pergi untuk berbuka puasa pada ramadhan yang ke 12, hari isnin..
  
 


Restoran Bulan TomYam Steamboat terletak di Ijok. Lokasi restoran boleh nampak di tepi jalan. InsyaAllah tak akan sesat! Hihi.


Harga pula sangat berpatutan! Dewasa 12 tahun ke atas dikenakan bayaran RM25.00, manakala kanak-kanak yang berumur 6-12 dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Manakala kanak-kanak dibawah 5 tahun free je. Best kan! Kepada kakak-kakak abang-abang yang ada anak kecil bawah 5 tahun, boleh je bawa sekali sebab free!












Kalau pergi tempat steamboat, memang favourite saya makan seafoods je! Seafoods yang disediakan ada 6 jenis. Ada sotong, udang, ketam, kerang dan 1 lagi tak tahu apa nama dia haha








    

   
 Kalau korang semua nak booking ke apa ke boleh la menghubungi nombor yang tertera dia atas ye! 


Semoga perut kalian semua kenyang dengan steamboat bulan tomyam! Hehe sampai sini dulu! Assalamualaikum :)

Friday, June 5, 2015

Selamat Pengantin Baru Kak Ainismaira!

Assalamualaikum.. Selamat Pengantin Baru Kak Noraini Binti Ismail! Maaf kak saya tidak dapat datang, mesti akak sedih kan? Saya minta maaf sangat-sangat ya!


Apapun tahniah kak dah selamat jadi isteri kepada suami akak. Semoga menjadi isteri yang solehah, taat kepada perintah Allah dan perintah suami dan menjadi ibu yang penyayang kepada anak-anak akak nanti.



          Cantik sangat kak aini masa ni.     Berseri-seri sangat! 


   Make up pun natural je cantik sangat! 


          Selamat dah jadi isteri orang.


        Family akak yang sweet sangat! Sedondon! Cantik sangat akak! Selamat berhoneymoon dekat cameron! Cepatlah kami semua anak buah ye hihi

Saturday, May 16, 2015

Resepi Homemade Aiskrim mudah dan sedap

Assalamualaikum.. Entry kali ini saya nak share mengenai resepi homemade aiskrim yang pernah saya buat sendiri.. Rupanya mudah sangat nak buat homemade aiskrim..






Bahan-bahan:



1) 1 Tin Susu Cair
2) 1/4 (suku) Susu Pekat
3) 1 Biji Telur
4) 2 Sudu serbuk perisa (Saya guna milo je)
5) 1 Sudu Ovalette Halal (boleh cari dekat kedai bakery)
6) 1 sudu Essence Vanilla (untuk hilangkan bau telur)
7) Chocolate Rice
8) Chocolate Chips






Cara-cara:



1) Masukkan sebiji telur ke dalam mixer.
2) Putarkan telur sehingga kembang.
3) Masukkan 1 tin susu cair dan 1/4 susu pekat dan putar.
4) Masukkan 2 sudu serbuk perisa (saya guna milo, boleh guna perisa apapun ikut selera masing-masing)
5) Putar sehingga sebati.





                                       



6) Masukkan 1 sudu essence vanilla dan putar sehingga kembang.




                                        





7) Masukkan chocolate chips ke dalam adunan dan kacau rata (tak perlu guna mixer)
8) Seterusnya masukkan adunan ke dalam bekas.
9) Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras.
10) Sebelum makan, taburkan chocolate di atas aiskrim tersebut dan sedia untuk dimakan!





      

    

                                      
                                    MmMm Tadaaaa! Hasil daripada home made aiskrim.




                     



        Hanya perlu beberapa bahan untuk menghasilkan home made aiskrim yang pastinya sedap!









P/s:  Chocolate rice and chocolate chip boleh ditukar dengan oreo, mushmallow, ikut citarasa masing-    masing :)










                       Selamat Mencuba Semua! Jangan lupa baca bismillah dan selawat :)






Thursday, May 14, 2015

Pengalaman Konvo : Diploma's Convocation UPSI



Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Entry kali ini saya nak ceritakan sedikit mengenai Konvo Diploma tahun lepas.. Kalau tak silap 19 September 2014.. Sebenarnya mood nak convo dah lari sikit sebab kami semua kena tunggu setahun untuk merasa konvo.. Sedih kan? Hmm. Macam biasa la, dalam setahun macam-macam yang telah berlaku, ada yang sudah tunang, ada yang sudah nikah.. Saya je yang masih single steady ko haha sedihnya!



Seminggu sebelum konvo..





Seminggu sebelum konvo, kami kena ambil jubah dan konvo seminggu selepas itu.. Konvo diploma sedih sebab konvo seorang diri.. Tak apa la janji saya dah konvo! Tapi nasib baik Ita dengan farhana je yang tahu.. Sebab tumpang sehari dekat kolej dorang.. Malunya 🙈




Nasi kerabu yang selalu kami semua makan! 






Sehari sebelum konvo..



Sehari sebelum konvo dah sampai kampus.. Naik teksi dari ktm tg malim ke kampus baru rm15! Mahal gila tapi redha je la.. Malam tu sempat berborak chatting dengan Ita, Farhana, Iefa Fasiha, Azwa dgn Raja and geng2 ita kejap..



Hari kejadian..


Memandangkan konvo selepas sembahyang jumaat, jadi kami lepak je dulu.. Tapi dorang dah keluar awal sebab nak pergi photoshoot dekat tasik.. *menyesal gila tak ikut sekali 😂*


Pukul 11 lebih dah terpacak dekat dewan.. Nasib baik ada intan, mama n abah intan.. Hehe.. Jalan2 tengok bunga konvo.. Tunggu kak echa, kak nini, atin, nailah datang.. Masa ni dah start sedih sebab seorang diri tapi tabahkan hati..


Pukul 2.30 semua masuk dewan.. Naik pentas tak silap pukul 4 lebih haha itu pun tak sampai 15 saat atas stage..




Dewan konvo kami semua!




Masa konvo, guna sistem scan ni, dah scan, nama akan automatik di panggil.


Enjoy la gambar yang tak seberapa.. Setelah 3 tahun belajar habiskan diploma.. Baru tahu perasaan baling mortar board tu seronok sangat! Tak sia-sia belajar 3 tahun! InsyaAllah lepas ini konvo Degree pula ye! Mohon kalian doakan.. Moga Allah permudahkan jalan ini. Allahuma Amin.. 😊



      Ini dengan kak aisyah.. 


       Ini  pula bersama intan farhana..  Paling sayang bucuk masam!


    Mama intan, intan, kak echa n yaya! 


Kami bertiga! Mana kak nini dgn nailah? Hmm 😭😭😭


Masa lepas keluar dewan dah jumpa nailah tapi kak nini tak jumpa! :'(


Clennete, kak echa, intan, yaya n atin! :)



Hasil daripada konvo


Muka excited dapat scroll Diploma. Alhamdulillah.. Terima kasih Abah Mama..



Dalam scroll ada benda ni. Haha. Dah lepas hantar jubah, mortar board baru dapat sijil yang betul hihi.



Alhamdulillah selesai sudah konvo diploma, lepasni nak konvo degree pula. Apa pun Syukur ke hadrat ilahi dan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami semua di atas kejayaan ini..


Sunday, July 21, 2013

Resepi Puding Oreo Coklat 3 layers.. InsyaAllah sedap..

Assalamualaikum.. Hari ini saya nak share resepi pencuci mulut semasa Ramadhan.. Nama dia Puding Oreo Coklat 3 layers.. Saya buat bersama housemate iaitu kak nadha..


 InsyaAllah sedap :)


 
Selamat mencuba semua..


 










Bahan-bahan :-

1 bungkus agar-agar / serbuk jelly instant 
750 ml air
150 gram gula (ikut tahap kemanisan masing-masing)
1 tin susu cair 
1 cawan Serbuk milo (ikut kepekatan citarasa masing2)
1 bungkus Oreo / Cream O



Bajet pembelian bahan-bahan tak sampai rm20..



Cara Menyediakan Puding Oreo+Coklat :-


1. Langkah Pertama :- 


Panaskan serbuk agar-agar tadi bersama air sehingga agar-agar larut.
kemudian, masukkan gula secukupnya. (150gm)
Kacau bahan-bahan dan biarkan gula larut. 
Kemudian masukkan 1 tin susu cair  dan biarkan sehingga mendidih.
Selepas itu kacau sehingga adunan tadi sebati.





2. Langkah Kedua :-

Asingkan separuh daripada adunan agar-agar tadi ke dalam periuk yang lain. Kemudian campurkan 1 cawan serbuk milo dan kacau sehingga sebati.





3. Langkah Ketiga :-


Tuangkan separuh daripada campuran milo ke dalam bekas/Loyang.
Kecilkan api dan kacau supaya agar-agar tidak terus membeku dan berketul-ketul.




4. Langkah KeEmpat :-

Apabila permukaan agar-agar milo dalam bekas/loyang sudah mengeras (bukan mengeras 100%) , tuangkan kesemua adunan yang asli (warna putih) ke dalam bekas/Loyang yang sama. (Lapisan kedua selepas milo tadi)





5. Langkah KeLima :-

Taburkan oreo mengikut kreativiti masing-masing. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo sudah mengeras, akhir sekali masukkan lebihan adunan milo.
*Jadi total lapisan ada 3. Kalau nak buat banyak lapisan pun boleh. Saya buat 3 layer je..






Selamat Mencuba Semua! Good Luck! Jangan lupa baca Bismillah dan selawat.. :)





Tips : Kalau nak bagi masakan kita sedap. Sentiasalah selawat ke atas Nabi. InsyaAllah makanan yang kita buat sedap :)







Copyright © 2012 | anayil19.blogspot | All Righted Reserved