Kali ini nak review tentang Restoran Bulan TomYam Steamboat Ijok.. Kami 7 orang pergi untuk berbuka puasa pada ramadhan yang ke 12, hari isnin..
Restoran Bulan TomYam Steamboat terletak di Ijok. Lokasi restoran boleh nampak di tepi jalan. InsyaAllah tak akan sesat! Hihi.
Harga pula sangat berpatutan! Dewasa 12 tahun ke atas dikenakan bayaran RM25.00, manakala kanak-kanak yang berumur 6-12 dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sahaja. Manakala kanak-kanak dibawah 5 tahun free je. Best kan! Kepada kakak-kakak abang-abang yang ada anak kecil bawah 5 tahun, boleh je bawa sekali sebab free!
Kalau pergi tempat steamboat, memang favourite saya makan seafoods je! Seafoods yang disediakan ada 6 jenis. Ada sotong, udang, ketam, kerang dan 1 lagi tak tahu apa nama dia haha
Kalau korang semua nak booking ke apa ke boleh la menghubungi nombor yang tertera dia atas ye!
Semoga perut kalian semua kenyang dengan steamboat bulan tomyam! Hehe sampai sini dulu! Assalamualaikum :)